Posts

Progress Sumayyah

Alhamdulillah, petang tu lepas mak balik kerja, mak terus memandu laju ke HSA. "Ahh dulu aku duduk JB. Jalan2 ni kacang jee.." Confident kan mak. Mak dulu memang kaki jalan kat sini. Sebelum kahwin laa.. Mak sampai, abah awak ada dah. Muka abah awak kusam je.  Mak tak masuk dulu. Mak pergi mengepoh dengan Cik Eda awak kat tingkat atas. Lepastu baru mak turun balik masuk ICU. Habis Mathurat, mak baca zikit yaa bari'. Kemudian doa "Adzhibil baas.." Mak perhatikan awak. Eh dah aktif bergerak awak ni. Suara pun ada jee. Dari belakang abah awak tepuk bahu mak. "Awak dah tanya nurse perkembangan Sumayyah?" tanya abah awak. "Belum." "Nanti awak tanya la. Abang nak balik dulu ni". Abah awak keluar je, kebetulan nurse yang jaga awak muncul sebelah mak. "Nurse macam mana perkembangan anak saya" "Anak awak dah sedar dah.." "Mata je tak buka lagi kan nurse" "Eh dia bukak la..Ni dia tidur ni.. Kalau saya sedut ...

Dari Koridor ICU

12 Feb 2023, 6:30 pm Hujan selebat lebatnya. Mak duduk di koridor ICU. Dari situ mak nampak jam dataran merdeka JB dikaburi simbahan air hujan dari langit. Dari satu sudut, mak sukakan suasana seperti ini. Sejuk. Dengar air hujan jatuh ke bumbung. Ditambah lagi dengan pemandangan menara jam dataran merdeka. Ikonik dengan ketenangan. Alhamdulillah.  Tapi selaju air hujan turun ke bumi, selaju itu juga air mata mak. Mak tak tahan tengok awak tak bangun lagi. Walaupun doktor baru stop ubat tidur yg kedua pada jam 4:00 petang tadi, tapi mak harapkan awak terus bangun. Eh macam melampau sikit harapan mak ni kan. Gelojoh sungguh. Sedangkan awak baru lepas menjalani major operation.  Pintu lif di sebelah kiri mak terbuka. Satu susuk manusia yg sangat kecoh tiba2 muncul.  "Eh Kak Eda. Balik ke?" sambil jeling barang2 yang banyak diangkut. "Taklaaa.. Aku tolong orang pindah barang ni.." Ok.. Cik Eda pindahkan barang dari wad biasa ke ICU. Cerita baby acik yang dipindahkan tu...

Sumayyah Still Fighting

Pagi ni mak datang ICU, doktor update keadaan awak. Doktor tidurkan lagi awak untuk biarkan awak berehat. Doktor puasakan awak sebab lepas ni doktor nak cabut tube pernafasan awak. Tapi, otak awak masih bengkak kesan daripada kecederaan tu. Sumayyah, memori kita sama2 mak masih ingat. Tak kisah macam mana pun lepas ni kita tetap akan create memori bersama lagi. Hari ini mak uninstall facebook dan Instagram. Bukan mak cemburu tengok perkembangan anak2 kawan mak yg lain, tapi mak nak ketenangan. Mak hanya nak fokus kan awak Sumayyah. Sumayyah, lepas doktor off kan ubat tidur ni, tunjuk progress ye nak. #makabahsayangsumayyah

Allah Mendengar

Image
Hasil CT scan petang tadi, menunjukkan tiada lagi pendarahan dalam otak Sumayyah. Darah beku juga berjaya dikeluarkan sepenuhnya. Alhamdulillah boleh dikatakan major operation yg dijalankan ke atas Sumayyah membuahkan kejayaan sepenuhnya. Alhamdulillah. Ini semua terjadi dengan izin Allah.  Doktor dah off kan ubat tidur Sumayyah. Sekarang tunggu dia sedar. Sumyyah pun dah gerakkan anggota badan. Tunggu mata je buka. Besar erti redha. Saat mak redha dgn apa yg berlaku, saat tu ketenangan menyapa. Tenang itu nikmat. Tenang itu rahmat. Keyakinan yang Allah takkan memberikan hambaNya keburukan. Banyak mak belajar dari awak nak. Awak berjuang untuk hidup sejak dari dalam rahim mak. Dalam kandungan, 2 kali mak bleeding tapi syukur dgn kuasa Allah awak masih sihat di dalam rahim mak. Lepas melahirkan awak ditahan di SCN. 5 hari awak di sana.  Nak ikutkan ni kali ke 4 awak warded. Mak bangga melahirkan seorang anak yg sentiasa berjuang. Berjuang untuk hidup. Mak perlukan awak juga. Te...

Little Sumayyah Little Fighter

Sumayyah. Kuatla kamu nak. Berderau darah bila dengar penjelasan doktor tentang keputusan CT scan awak nak. "Besar pendarahan anak awk ni. Tulang pun retak." Pendarahan otak. Sedih. lemah. longlai. Tapi tu semua tak dapat nak gambarkan perasaan mak masa tu. Bukankah bulan lepas awak baru lepas admit ward sebab batuk2 sampai sesak nafas. Lepas discharge keadaan awak beransur pulih. Sekarang awak bukan setakat admit ward, malah kena operation, ditidurkan pula dalam icu. Remuk hati. Hari itu bila abah awak ajak mak balik rumah berehat, hati mak pilu sangat tengok barang2 awak. Bantal awak masih ada bau masham2 tu. Mak peluk, mak cium. Rindu yg tak dapat digambarkan. Bukan senang mak nak terima kenyataan ni. Sebelum hari kejadian, awak ceria, happy main dengan mak. Tak nak tidur. Tapi esoknya awak terbaring menahan sakit.  Puas mak menyalahkan pengasuh awak. Tapi lama2 mak sedar, sesalah mana pun pengasuh awk tu, afterall, ini la yg Allah dah tulis perjalanan awak. Menguji mak ab...