Little Sumayyah Little Fighter
Sumayyah.
Kuatla kamu nak.
Berderau darah bila dengar penjelasan doktor tentang keputusan CT scan awak nak.
"Besar pendarahan anak awk ni. Tulang pun retak."
Pendarahan otak.
Sedih. lemah. longlai. Tapi tu semua tak dapat nak gambarkan perasaan mak masa tu.
Bukankah bulan lepas awak baru lepas admit ward sebab batuk2 sampai sesak nafas. Lepas discharge keadaan awak beransur pulih. Sekarang awak bukan setakat admit ward, malah kena operation, ditidurkan pula dalam icu.
Remuk hati.
Hari itu bila abah awak ajak mak balik rumah berehat, hati mak pilu sangat tengok barang2 awak. Bantal awak masih ada bau masham2 tu. Mak peluk, mak cium. Rindu yg tak dapat digambarkan.
Bukan senang mak nak terima kenyataan ni. Sebelum hari kejadian, awak ceria, happy main dengan mak. Tak nak tidur. Tapi esoknya awak terbaring menahan sakit.
Puas mak menyalahkan pengasuh awak. Tapi lama2 mak sedar, sesalah mana pun pengasuh awk tu, afterall, ini la yg Allah dah tulis perjalanan awak. Menguji mak abah untuk sabar, redha dan tak mengalah walau apa pun keadaan awak.
Mak dan abah tetap akan jaga awak.
Sumayyah, kuat nak ye.
Speedy recovery sayang.
Mak percaya awak kuat.
Kita sama2 kuat ye sayang.
#makabahsayangsumayyah
Comments
Post a Comment