Progress Sumayyah

Alhamdulillah, petang tu lepas mak balik kerja, mak terus memandu laju ke HSA.

"Ahh dulu aku duduk JB. Jalan2 ni kacang jee.."

Confident kan mak. Mak dulu memang kaki jalan kat sini. Sebelum kahwin laa..

Mak sampai, abah awak ada dah. Muka abah awak kusam je. 

Mak tak masuk dulu. Mak pergi mengepoh dengan Cik Eda awak kat tingkat atas. Lepastu baru mak turun balik masuk ICU.

Habis Mathurat, mak baca zikit yaa bari'. Kemudian doa "Adzhibil baas.."

Mak perhatikan awak. Eh dah aktif bergerak awak ni. Suara pun ada jee.

Dari belakang abah awak tepuk bahu mak.

"Awak dah tanya nurse perkembangan Sumayyah?" tanya abah awak.

"Belum."

"Nanti awak tanya la. Abang nak balik dulu ni".

Abah awak keluar je, kebetulan nurse yang jaga awak muncul sebelah mak.

"Nurse macam mana perkembangan anak saya"

"Anak awak dah sedar dah.."

"Mata je tak buka lagi kan nurse"

"Eh dia bukak la..Ni dia tidur ni.. Kalau saya sedut kahak dia ke, dia bukak je mata. Tadi ada ayah dia, dia bukak dah mata"

Ya Allah abah awak memang tau. Dia boleh tak cerita khabar ni kat mak. Erhhhh

"Ayah dia ada cakap tak salah sorang kena tunggu sini"

"Takda pun nurse"

"Ehhh berani ayah dia tu ea takda cakap." seloroh nurse.

Mak makin geram dengan abah awak. Terus mak call abah awak.

"Abang kenapa abang tak cakap dengan saya Sumayyah dah sedar"

"Abang saja nak awak tahu sendiri dari nurse" sambil abah awak gelak2.

Geram kan dengan abah awak ni.

Alhamdulillah. Abah awak bawak mak pergi beli barang dan makan. Pukul 8 malam mak nak kena ada sebelah awak sebab nurse nak ajar kasi susu ikut tube.

Masuk je ICU mak pandang awak dengan kesyukuran.

"Kuat kamu ye nak"

Mak keluarkan handphone dari poket mak.

Update Sumayyah 13-02-2024 :

Tahap kesedaran Sumayyah semakin meningkat. Doktor dah turunkan bantuan oksigen. Dari semasa ke semasa doktor akan pantau untuk terus turunkan bantuan oksigen. Sumayyah dah mula buka mata tapi sekejap. Mungkin dalam sehari dua lagi, Sumayyah akan dipindahkan ke wad biasa. Terima kasih doakan Sumayyah 🥰

Mak hantarkan pesanan Whatsapp ni ke family dan kawan rapat. Mereka semua gembira dan mengucapkan syukur.

Alhamdulillah. Kuat sungguh kamu nak.

Mak tidur ICU malam ni. Lagi mak suka tengok muka awak. Hilang penat. Hilang sedih.

#makabahsayangsumayyah

Comments

Popular posts from this blog

Little Sumayyah Little Fighter

Dari Koridor ICU

Allah Mendengar